Pemilihan Bahan Internet Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
1. Memilih bahan sastera
2. Memilih bahan tatabahasa
3. Memilih bahan bidang ilmu lain
A. Pengajaran & Pembelajaran BM menggunakan Bahasa Sastera
Langkah Pengajaran:
B. Pengajaran & Pembelajaran BM menggunakan bahan Tatabahasa
Kumpulan Sasaran: Tahun 6
Langkah Pengajaran:
1. Guru memberi penerangan tentang simpulan bahasa dan memberi sedikit contoh tentang simpulan bahasa.
2. Murid memberi contoh simpulan bahasa dan membina ayat berdasarkan simpulan bahasa tersebut.
(guru dan murid rujuk bahan dalam laman ini: http://www.skkionsom.edu.my/v1/simpulan-bahasa.html)
3. Guru memberikan beberapa latihan interaktif berkaitan simpulan bahasa kepada murid.
4. Pencapaian murid dapat dilihat melalui skor yang ditunjukkan setelah selesai menjawab latihan tersebut
_______________________________________________________________________
A. Pengajaran & Pembelajaran BM menggunakan Bahasa Sastera
PANTUN MERDEKA
Bendera berkibar di rumah Pak Agos,
Di halaman rumah pasang pelita,
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.
Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai,
Empat Puluh Tujuh tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman damai.
Setiap tahun menyambut merdeka,
Jalur Gemilang berkibar megah,
Sejarah negara jangan dilupa,
Beratus tahun kita dijajah.
Kaum Melayu, Cina dan India,
Hidup sejahtera bersatu padu,
Jasa pemimpin jangan dilupa,
Rakyat terbilang negara maju.
Para pemimpin silih berganti,
Kini Pak Jib di tampuk kuasa,
Kita isi kemerdakaan ini,
Membina peradaban negara tercinta.
Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut merdeka,
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.
Kumpulan Sasaran: Tahun 5
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca
Aras 2
i. Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai
Langkah Pengajaran:
1. Guru memperkenalkan tentang puisi iaitu pantun 4 kerat.
2. Guru memaparkan pantun (bahan sastera) yang telah guru ambil di hadapan kelas.
3. Murid dikehendaki untuk membaca pantun tersebut secara senyap.
4. Guru membacakan pantun tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul terlebih dahulu.
5. Setiap murid dikehendaki membacakan pantun secara individu dengan menekankan penggunaan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Guru memaparkan pantun (bahan sastera) yang telah guru ambil di hadapan kelas.
3. Murid dikehendaki untuk membaca pantun tersebut secara senyap.
4. Guru membacakan pantun tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul terlebih dahulu.
5. Setiap murid dikehendaki membacakan pantun secara individu dengan menekankan penggunaan sebutan dan intonasi yang betul.
_______________________________________________________________________
B. Pengajaran & Pembelajaran BM menggunakan bahan Tatabahasa
Kumpulan Sasaran: Tahun 6
Langkah Pengajaran:
1. Guru memberi penerangan tentang simpulan bahasa dan memberi sedikit contoh tentang simpulan bahasa.
2. Murid memberi contoh simpulan bahasa dan membina ayat berdasarkan simpulan bahasa tersebut.
(guru dan murid rujuk bahan dalam laman ini: http://www.skkionsom.edu.my/v1/simpulan-bahasa.html)
3. Guru memberikan beberapa latihan interaktif berkaitan simpulan bahasa kepada murid.
4. Pencapaian murid dapat dilihat melalui skor yang ditunjukkan setelah selesai menjawab latihan tersebut
_______________________________________________________________________
C. Pengajaran & Pembelajaran BM menggunakan Bahan Bidang Ilmu Lain
Bidang yang dipilih: Muzik
Faizal Tahir - Gemuruh
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkerlipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yag tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyaa nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkerlipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkerlipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Langkah Pengajaran:
1. Guru memperdengarkan lagu.
2. Murid menyanyikan lagu ini beramai-ramai.
3. Beberapa orang murid akan dipilih untuk menceritakan tentang maksud lagu ini dan ceritakan kepada rakan-rakan lain.
4. Guru menerangkan maksud lagu tersebut dan membetulkan jawapan murid tadi.
5. Murid dikehendaki untuk menulis lirik lagu ini dengan menggunakan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik.
0 komen:
Post a Comment