CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan
Di sini Memori Tercipta

Rakan-Rakan BMM3105

Minggu 15

Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang

Pengenalan
  • Seminar dan pameran merupakan salah satu medium bagi memperkenalkan kepada orang ramai khususnya masyarakat luar berkaitan dengan penggunaan Bahasa Melayu berbantukan komputer.


Seminar
  • Seminar menurut Kamus Pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang pakar dalam hal tersebut. 
  • Menurut Drs. Nasrul Effendy dalam Dasar-Dasar keperawatan kesihatan Masyarakat (1997) seminar boleh didefinisikan sebagai satu cara di mana sekelompok orang berkumpul untuk membahas suatu masalah di bawah bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya.
  • Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu:
    • Pengaplikasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
    • Penggunaan komputer di sekolah
    • Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

  • Ciri-Ciri seminar Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
    • Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel
    • menggalakkan peserta mengambil bahagian secara aktif dalam seminar

  • Kelebihan
    • memberi manfaat kepada peserta yang terlibat
    • peserta dapat mempelajari topik dengan mendalam
    • menyediakan bahan dan keterangan yang baru

  • Kekurangan
    • Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
    • memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
    • sering dijalankan untuk seminar pendidikan


Pameran
  • Pameran didefinisikan sebagai satu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina dan digunakan sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya
  • Menurut Muhd Abi Sofian dalam bukunya Mengurus Gerai Pameran (2005), pameran boleh didefinisikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu

  • Ciri-Ciri Pameran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
    • Mempamerkan bahan Bahasa Melayu berbantukan komputer
    • terdapat kiosk setiap tajuk dan proforma
    • penerangan yang lengkap untuk setiap bidang

  • Jenis-Jenis Pameran
PERKARA
HURAIAN
PAMERAN TETAP
Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat
PAMERAN TEMPORER
Pameran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan
PAMERAN KELILING
Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu tetap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...