CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan
Di sini Memori Tercipta

Rakan-Rakan BMM3105

Wednesday, January 04, 2012

Tajuk Kursus BMM3105


Sinopsis Kursus:

Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan tapak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, pengeditan bahan pengajaran secara online; penggunaan Bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Tajuk
Kandungan
Jam
1
Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
·         Menggunakan web, video, audio, dan imej
·         Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
·         Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog.
6
2
Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
·         Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
·         Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
6
3
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
·         Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet
·         Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point
6
4
Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
·         Memilih bahan sastera
·         Memilih bahan tatabahasa
·         Memilih bahan bidang ilmu lain
6
5
Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
·         Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·         Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·         Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
6
6
Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
·         Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
·         Struktur Linear
·         Struktur Rangkaian
6
7
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
·         Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
·         Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
6
8
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
·         Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
·         Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran
6
9
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian
·         Prosedur pengeditan
·         Prinsip pengeditan
·         Melaksanakan pengeditan
6
10
Pengajaran dan Pembelajaran Secara Bilik Darjah Maya
·         Membentangkan hasil kerja antara institut
·         Melaksanakan interaksi antara pelbagai institut
6
11
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
·         Konferensi secara dalam talian
·         Mengadakan sidang video untuk mengajarkankemahiran mendengar bertutur
·         Merakamkan perbualan
6
12
Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
·         Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
·         Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
3
13
Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
·         Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point
·         Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
·         Memanipulasi animasi dalam persembahan
6
14
Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
·         Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
·         Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
·         Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
6
15
Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
·         Mengadakan seminar
·         Mengadakan pameran
6
Jumlah
90




0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...